Jom Cari-cari!

~WeLCoMe To My bLoG~

thanks to all yang sudi meluangkan masa berkongsi pendapat dan komen dalam blog saya yang tak seberapa nih....hehehe..harap maaf kerana blog ini masih dalam penambahbaikan...huhuhu

Tuesday, February 9, 2010

Koleksi Gambar Nico


















Anak lelaki atau perempuan?

Masa aku pregnant...2 kali pegi scan tapi tak nampak....aku dapat tau petua nie pon dari seorang kakak...dia cakap kalau nak tahu dalam perut tue anak lelaki ke perempuan kena tahu kedudukan anak tue dalam perut....biasanya kalau kita scan masa usia kandungan 5 bulan, kita akan tahu kedudukan baby dalam perut....contohnya, masa pregnant 5 bulan aku perasan anak aku cenderung berada di sebelah kiri di dalam perut....itu maknanya anak lelaki...kalau cenderung berada di sebelah kanan perut itu bermakna anak perempuan....ini terbukti setelah baby aku lahir..iaitu anak lelaki dan kakak yang bagi petua tue pulak dapat anak perempuan sebab dia cakap anak dia duduk disebelah kanan perut....begitu jugak dengan akak-akak ofis nih habis aku tanya masa pregnant dulu anak diorang duduk sebelah mana...ada yang cakap tiga-tiga sebelah kiri...dan anak dia tiga-tiga lelaki! ada yang cakap sebelah kiri dan kanan...dan anak dia lelaki dan perempuan....

lagi satu kebanyakan kita dah tahu petua nie...iaitu melalui bentuk perut...kalau bulat biasanya perempuan...dan kalau memboyot tue anak lelaki...

dan lagi satu kita boleh suruh perempuan mengandung tue duduk bersila dilantai tanpa bantuan sesiapa...dari situ kita lihat, kalau dia menggunakan tangan kanan untuk membantu dia duduk itu bermakna anak lelaki..dan begitulah sebaliknya.....

kepada sape-sape yang ada petua tue boleh la dikongsikan dalam blog saya nih....tq!

Buah Hatiku...

Tanggal 11 Julai 2009, jam 4.30 pagi...lahirlah seorang putera yang ku beri nama Muhammad Fareez Hakim bin Muhammad Fared...berat masa lahir 3.4kg...ya allah..masa tue rasa gembira tak terkata....bayangkan kesakitan yang terpaksa aku lalui dalam tempoh lebih 13 jam sebelum melahirkan...kalau ikutkan due date bersalin dah memang lewat 7 hari...sepatutnya bersalin 4 Julai..tapi semua itu di atas kehendak-Nya....masa baby aku di azankan, husband aku cakap matanya bulat memandang suami...macam dia nampak pulak...pipi tembam giler....hahaha...inilah gambar beberapa jam selepas baby aku dilahirkan....


Tapi yang sedihnya..aku tak dapat menyusukan dia sebab takde susu langsung! nasib la dia tak meragam...baru jer nak bermesra tiba-tiba doktor cakap baby terpaksa ditahan di wad kerana demam kuning dan G6PD...masa tue sedihnya...5 hari aku menjaga baby di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dengan badan aku yang sengal-sengal, memang tak larat sangat nak jaga dia..tapi aku kuatkan semangat sebab kesian nanti terbiar pulak....hari yang ke-5, doktor izinkan aku dan baby balik...masa tue hospital tengah sibuk mengemas sebab menantu Sultan Perak (Isteri Raja Nazrin Shah) Tuanku Zara Salim Davidson...nak datang melawat....tengah siap-siapkan baby, tiba-tiba dia datang ke bilik aku dan tegur rambut anak aku lebat dan comel..hahah...kembang pulak lubang hidung aku nih...ngeeeee.....nie gambar anak aku masa bersiap-siap nak keluar dari hospital......kesian sebab aku tak dapat gunting habis dia punya salotape 'cermin mata' kat telinga sebelah kanan....

Sekarang anak aku dah masuk 7 bulan...baru kena injection semalam (9 Februari 2010) tapi dia tak pernah demam walaupun dah banyak kali kena suntik..kuat semangat...tapi baru-baru nie dia diserang demam panas dan demam campak...puncanya aku demam dan selesema..lepas tue berjangkit kat dia dan suami...dua tiga hari lepas tuh demam panas dia makin menjadi-jadi pulak..kejap panas, lepas tue ok balik, lepas tue panas lagi...rupa-rupanya nak kena demam campak...habis satu badan bintik-bintik...nasib campak yang jenis ruam tue...kalau yang besar-besar tue tak tau la camne keadaannyer....


Anak aku sekarang suka main air...kalau dapat mandi, bukan main suka...tambah-tambah bila dia nampak aku tengah tadah air dalam tab mandi dia...tak sabar-sabar nak mandi!